8 Ogos 2014 - 15:28
Palestin: Maruah masyarakat serantau dan Arab tercalar

Masyarakat serantau bukan sekadar tidak bermaruah, malah wartawan mereka mengutuk Hamas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Kazim Sadeghi dalam khutbah Jumaat minggu ini menerangkan bahawa masalah Gaza merupakan isu yang paling penting dalam dunia Islam hari ini dan berkata, "Sebagaimana pemimpin tertinggi kita (Ayatullah Sayid Ali Khamenei) yang bijaksana katakan dalam khutbah hari raya Aidil Fitri dan ucapan-ucapan beliau di hadapan para pegewai tentera, perkara ini merupakan masalah paling penting dan kita menyaksikan aksi keji rejim Zionis yang menghitamkan sejarah kemanusiaan."

Tegas beliau lagi, "Serigala yang dahagakan darah, iaitu Zionis perampas tanah umat Islam sering menunjukkan taringnya kepada pemilik asal negara tersebut dan melakukan jenayah kemanusiaan. Kali ini ia juga ia menambah rekod hinanya dan dalam tempoh ini, hampir satu bulan ia melaksanakan pembunuhan seramai 2,000 orang secara besar-besaran sehingga kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit yang mana tiada lagi sekeji-keji jenayah seperti ini dalam sejarah kemanusiaan."

Hujjatul Islam Sadeghi menerangkan bahawa melihat pada Gaza seolah-oleh peristiwa sedang berulang sekali lagi. Katanya lagi, "Yang anehnya ialah semua orang sedang berada dalam skandal sehinggakan Ban Ki Moon berat untuk membuka mulut dan amat memalukan bagi sesiapapun untuk berkata bahawa ketua PBB tidak melihat kemuncak penghisap darah dan kekejaman jenayah perang Zionis, jenazah 500 kanak-kanak Palestin dan serangan ke atas hospital serta sekolah. Tanpa sebarang rasa malu ia berkata Hamas hendaklah membebaskan tentera Israel hari ini juga."

Menyentuh tentang sokongan Amerika terhadap rejim Zionis, beliau berkata, "Di samping segala kegelapan, kekejian dan tanpa belas kasihan, kita ternampak wajah besar Amerika yang mana sebahagian orang berfikir bahawa hatinya sedang bersedih. Namun Allah sekali lagi menyingkap rahsia dan Amerika juga tidak mengurangkan bantuan senjata, propaganda dan politiknya terhadap penjenayah ini di samping mengambil kedudukan."

Tegas beliau lagi, "Di samping diamnya masyarakat antarabangsa, kita juga melihat diamnya masyarakat serantau dan Arab. Mereka tidak sekadar enggan membantu golongan yang dizalimi ini, bahkan wartawan-wartawan mereka mengutuk Hamas. Mereka ini bukan sahaja tidak mempunyai maruah Arab, bahkan Islam. Sehinggakan mereka ini tidak dapat dinamakan manusia. Ini disebabkan maruah mereka tercalar dan sentiasa berada dalam skandal sejarah. Minyak mereka diserahkan untuk kegunaan golongan zalim."